Monday, February 7, 2011

Akhirnya, ku tiba jua di bumi Palestin

Oleh: Mohammad Firdaus bin Muhammad, Tahun 3, Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi PETRONAS.

Gaza! We are here for you!

“Baiklah, kamu semua akan bergerak menuju ke Gaza dalam beberapa minit lagi..”, perintah komanden kami.

SubhanAllah, berdebar juga aku waktu tu.. apa tidaknya, jam 2 pagi kami dikejutkan untuk kami memulakan langkah menuju ke tempat yang kami tunggu-tunggu, Gaza !! SubhanAllah.

Kami sudah menjangkakan waktunya. Itulah waktu yang paling baik untuk kami melaksanakan misi kami.

“Gaza, tunggu kami !!”, laungan hatiku.

Wednesday, February 2, 2011

Mendidik Berjiwa Besar

Bismillah. . .

Dream big!

Steven R. Covey mengatakan bahawa manusia sebenarnya boleh berubah melalui perubahan kematangan dalam hidup daripada seorang yang ‘dependant’ kepada seorang yang ‘independent’, daripada cemerlang jika bersendirian kepada lebih cemerlang apabila disinergikan dalam kerja-kerja berpasukan dengan istilahnya ‘interdependent’.

Seseorang yang independent memiliki tiga sikap utama iaitu sentiasa proaktif, setiap kerja berpandukan ‘big dream’ yang telah distrategikan dan sentiasa mendahulukan kerja yang lebih utama. Inilah tiga sikap yang menjadikan seseorang boleh berjaya dalam apa juga bidang. Penemuan Covey telah mengubah masyarakat barat.