Sunday, June 26, 2011

SEED 2: Ekspedisi Bukit Keledang Pembina UTP


Bismillah.

Para peserta di salah satu puncak, Bukit Keledang

Pada 25 Jun 2011, satu program perkelahan, SEED KE-2 OUTDOOR  anjuran Pembina Perak ke Bukit Kledang dan Ulu Chepor telah diadakan dengan jayanya. Seramai 21 orang peserta telah turut serta dalam perkelahan ini yang terdiri daripada para pelajar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)  dan Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) . Objektif program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan ukhwah antara ikhwah-ikhwah dan memperkenalkan persatuan PEMBINA kepada para pelajar KMPk.

Program bermula pada pukul 6.00 pagi dengan solat subuh berjemaah di Surau Tasik Putra. Selesai solat subuh, para peserta bertolak ke Bukit Kledang pada pukul 6.15 pagi. Perjalanan dari Seri Iskandar ke Bukit Kledang mengambil masa selama 30 minit. Setibanya para peserta di kaki bukit, aktiviti pendakian bermula dengan senaman ringkas. Pendakian bermula pada pukul 7.00 pagi dan tiba di puncak bukit pada pukul 8.00 pagi. Aktiviti diteruskan dengan sesi pengisian daripada Zubair Ghazali bertajuk “Tadabur alam”.  Selepas itu, para peserta mula bertolak turun pada pukul 8.30 pagi.

Selang masa, antara slot aktiviti di Ulu Cepor

Setelah selesai sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Ulu Chepor, salah satu kawasan perkelahan mandi manda di Perak. Perjalanan ke destinasi mengambil masa selama 1 jam dan tiba pada pukul 11.00 pagi. Setibanya ke destinasi, aktiviti diteruskan dengan aktiviti sukan dalam air, mandi-manda dan BBQ. Selepas itu, para peserta solat zohor berjemaah di surau berhampiran sebelum bertolak pulang pada pukul 3.00 petang.

Diharapkan program sebegini dapat merapatkan hubungan silaturahim dan seterusnya membentuk satu ukhuwah yang erat antara para peserta. Semoga program sebigini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

Pengalaman yang cukup bermakna. Moga-moga, ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga.. aminn

Muhammad Faisal bin Mohd Nawi,
Pengarah program Ekspedisi Bukit Keledang.