Friday, August 12, 2011

Ramadhan & program ziarah pesakit-pesakit di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh


Oleh: Muhammad Aminuddin bin Ishak, Tahun 4, Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi PETRONAS.

"Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." [Surah Al-Baqarah, 2:183]

What is our goal?

Ayat yang begitu biasa didengari di bulan Ramadhan ini. Daripada bulan Syaaban hingga ke hari ini dan mungkin juga ke hari ke depan. Kerana apa? Untuk memperingatkan akan kehadiran Ramadhan sekaligus supaya kita menjadi jelas akan objektif kewajiban berpuasa ini.

Objektif puasa?


Ya.Benar. "Agar kamu bertaqwa".

Itulah inti kepada Ramadhan kita.TAQWA. Untuk menggilap, dan untuk mengasah ketaqwaan agar terus berdiri teguh menetap dalam diri.

Yang pastinya,ketaqwaan ini tidaklah semudah kita memesan Roti Bakar Telur Manis di kedai mamak. "Aney,RBTM satu!!" Hanya perlu berbicara di mulut, dan tak lama, apa yang dihajatkan tiba.



Taqwa ini adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan dalam bentuk perlakuan amal yang berlandaskan iman. Dan sudah tentu memerlukan mujahadah yang begitu tinggi untuk memperoleh taqwa ini.

Disebabkan kasih sayang Allah kepada kita, sebab itu juga Ramadhan diturunkan buat kita, agar ianya menjadi satu platform atau pun medium meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan sepenuh penghayatan dalam pelaksanaan ibadah ibadah am dan khusus.

Perumpamaan bagi Ramadhan ialah seperti sebuah lombong yang dipenuhi emas, dan kini kita betul betul berada dalam lombong itu. Justeru,amatlah rugi jika sesiapa yang keluar dari lombong emas tersebut dengan hanya perak di tangan. Amat amat rugi. 1 dinar kini berharga  RM724 dan 1dirham hanya berharga RM 25. Begitu jauh bezanya. Jadi,janganlah membiarkan Ramadhan kita ini dilalui dengan sia sia. Tiada pembaikan, tiada mujahadah yang hebat.

Will change to be a Hamba Rabbani

Selain memenuhi objektif yang utama itu, yakni membentuk ketaqwaan, Ramadhan dan puasa juga mengajar kita untuk lebih memikirkan perihal masyarakat di sekeling kita.Walaupun ini sangat sangatlah dianjurkan Islam pada bulan bulan lain, ada hadith yang mengatakan yang Rasulullah, banyak bersedekah terutamanya di bulan Ramadhan.

Seperti yang kita tahu,ada beberapa hak muslim yang perlu ditunaikan dan perlu diperhatikan iaitu salah satunya ialah apabila ia sakit, maka ziarahilah. Dengan cara berziarahlah, sedikit sebanyak ikatan silaturrahim dapat dipererat, dapat berkongsi masalah, dan bersama menyelesaikan dan juga dapat bermuhasabah diri.

Alhamdulillah, pada petang tadi, sebuah majlis ringkas telah dianjurkan di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menziarahi pesakit pesakit untuk bertanya khabar dan memberi sedikit buah tangan.

Briefing dari Ustaz Zamri

Kegembiraan ikhwah untuk turut sama membantu

Antara sukarelawan yang terlibat

Ketika di wad


Antara pesakit yang sempat kami ziarah mempunyai penyakit kaki yang lemah, kemudiannya, masalah paru- paru di mana uncle tu baru sahaja dibedah dan beberapa lagi kes. Walaupun begitu, uncle tu masih lagi memberi reaksi yang sangat positif, menyambut kedatangan kami dan sempat lagi memberikan nasihat.

" Bersahabatlah dengan orang yang baik. Jangan berkawan dengan orang yang "pelik pelik". Bergaul begitu boleh, tetapi jangan sampai terpengaruh. Disebabkan gejala gejala tidak sihat,ramai remaja yang otaknya bermasalah. " (sambil tangan di kepala)

Demikianlah sedikit sebanyak pesan yang dapat diambil. Dialog asal terpaksa diubah sedikit.

Moga Uncle Peri yang dijangka akan keluar selepas 1 lagi pembedahan ditambah dengan seminggu, akan cepat sembuh. Subhanaallah, terasa berharganya kesihatan yang Allah kurniakan buat kita. Dengan kesihatan yang baik,dapat kita berpuasa, beribadat, beriadah,membuat tugasan dan macam-macam lagi. Allahuakbar. Nikmat yang begitu besar tetapi yang begitu mudah dilupakan.

Tambahkan syukur, Tingkatkan amal, Hebatkan penghayatan. Moga Allah ridho!

No comments:

Post a Comment