Monday, February 7, 2011

Akhirnya, ku tiba jua di bumi Palestin

Oleh: Mohammad Firdaus bin Muhammad, Tahun 3, Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi PETRONAS.

Gaza! We are here for you!

“Baiklah, kamu semua akan bergerak menuju ke Gaza dalam beberapa minit lagi..”, perintah komanden kami.

SubhanAllah, berdebar juga aku waktu tu.. apa tidaknya, jam 2 pagi kami dikejutkan untuk kami memulakan langkah menuju ke tempat yang kami tunggu-tunggu, Gaza !! SubhanAllah.

Kami sudah menjangkakan waktunya. Itulah waktu yang paling baik untuk kami melaksanakan misi kami.

“Gaza, tunggu kami !!”, laungan hatiku.

“Kamu semua akan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil,” terang komanden kami.

Aku dimasukkan ke kumpulan yang kedua.

HAMAS. Itulah nama kumpulanku.

Setelah kumpulan pertama berlepas, kini tiba kumpulanku pula memulakan strategi. Gelap. Sangat gelap. Perlahan langkah kami. Perlahan bicara kami. Namun berkobar hati kami, gencar semangat kami.. itulah kekuatan kami.. Ya !! Mahal nilainya.. tidak mampu dibeli sesiapa.

“Siapa tu ??”, tanya Akh Nawal, salah seorang sahabatku pabila melihat kelibat manusia menghalang laluan kami.

“Hey you !! Come here !!”, arah dua orang pemuda kepada kami.

Berdebar kami dibuatnya.

“Who are u ?? What are u doing here ??” soal pemuda itu kepada kami.

“We are Malaysians. We want go to Gaza !!” jawapan ringkas ketua kami, Akh Syafie.

“What ?? Gaza ?? Are u serious ??” tempik salah seorang pemuda itu.

“Do u have the passports ??” sambungnya.

“No.” jawabku.

“What !! Really ?? How can u be here ?? Tell us truthly, Who are u ??” pelik soalannya. Masakan tidak, kami diberitahu bahawa kami akan dibantu untuk mendapat passport kami diperhentian pertama.

Di situlah perhentian pertama kami.

Pelik.

“We are Malaysians. We came here to get our passports from u. Please give us right now, we don’t want waste our time just to be here for a small matter. We don’t have enough time to entertain u. Palestinian need us !!” tegas Fadzli, sahabat kami yang paling veteran.

“Okey, we just want to make sure that u all are the group who we are waiting for.” jelas pemuda tersebut.

Alhamdulillah.. lega hatiku. Aku ingatkan mereka ini adalah antara Tentera rejim Zionis. Na'udzubillah.

Ikhwah kami juga rupanya. Alhamdulillah.

“Take this. Please keep it wisely. Without your passports, u can’t enter Gaza, U will be prevented from continuing your JIHAD !!”

“JazakAllah akh. InsyaAllah, pray for us. Hope we can reach there safely”, jawab Syafie selaku ketua kami.

“Cepat, kita sudah lambat”, pesanku mengingatkan pesanan komanden yang kami perlu sampai ke Gaza dengan segera.

Laju langkah kami meneruskan perjalanan.

Gelap. Gelap gelita. Hutan sekeliling kami.

Sunyi. Sangat sunyi.

“Stop !!”

Ya Allah !! Terkejut kami. Seketika langkah kami, tiba-tiba jalan kami dihalang lagi.

Seorang lelaki dihadapan pasukan JIHAD ini.

“Who are u ?? What are u doing here ?? Where u want to go ??” soalan sama terpaksa kami terima.

Jawapan kami sama. Jawapan kami bertenaga. Jawapan yang tidak menunjukkan secebis sifat putus asa. Itulah kami, sekumpulan PEMUDA.

“We are Malaysians. We want go to Gaza !!”

“Really ??” reaksi yang sama juga terpaksa kami hadapi.

“Absolutely, YES!!” jawab Azhar.

“Where are your passports ??” tanya lelaki itu.

“Here”, hulur Syafie.

Lama juga kami tunggu untuk pengesahan.

“Okey, u can go !!”

Alhamdulillah.. mudah kami lepasi station kedua ini. Hanya masa kami agak terbuang di sana.

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut memudahkan kami. Dia bawa kami menuju jalan yang sepatutnya.

“Hopefully...”, bisikku.

Kemudian kami dibawa ke pintu masuk di sebuah kawasan.

“Now u have entered Rafah”, Tiba-tiba lelaki itu bersuara.

“What ??!!” terkejut aku.

“Now u have entered Rafah.”ulangnya.



Tidak ku sangka, aku sedang berdiri di Sempadan Rafah yang sering ku dengar selama ini. Sempadan yang menghubungkan Mesir dan Genting Gaza ini benar-benar membuatku terkenangkan misi AMAN PALESTIN selama ini.

“Sukar untuk melepasi sempadan ini..Terlalu banyak cabaran,” terngiang-ngiang suara Ustaz Sharuzzaman, Pengerusi Aman Palestin Perak di telingaku.

Lelaki yang membawa kami ke Rafah ini akhirnya meninggalkan kami.

Kami teruskan perjalanan.

Ya !! kami dihalang lagi. Itu sudah kami jangkakan. Tetapi kini kami di Sempadan Rafah, tentu lebih sukar.

“We are Malaysians. We want to go to Gaza. Please let us go.” jawabku seperti sudah menjangkakan soalan dua orang lelaki di hadapan kami ini.

“Where are your passports ?”soal lelaki tersebut.

“Here..”, maju Syafie kehadapan.

SubhanAllah. Aku rasa inilah station yang paling getir sekali. Benar kata-kata Pengerusi Aman Palestin itu. Terlalu banyak soalan yang diajukan kepada kami. Letih kami menerangkan tujuan kami.

“We came here with a mission. There are a lot of people who are in need. They are our relatives. We urge U, please let us go to help them.. We don’t have enough time,”panjang lebar ku terangkan.

“NO !!!”, tempik lelaki itu.

Ya. Inilah station yang paling sukar. Ketua kami dibawa ke tempat lain. Aku pun tidak tahu apa yang dibincangkan mereka. Hujanan soalan menimpa kami. Terlalu banyak.

Letih. Letih kami menjawabnya. Mereka seperti tidak percaya tujuan kedatangan kami.

Akhirnya..

Alhamdulillah.

Kami dibenarkan pergi. Alhamdulillah. Satu perkembangan terbaik bagiku. Aku yakin, perjalanan selepas ini lebih mudah setelah melepasi sempadan ini.

Aku di Gaza !! Benar-benar tidak ku sangka.

Seriously !!

Kemudian seorang lelaki sudah terpacak menunggu kami. Kami di bawa ke sebuah terowong.

Kecil.

Gelap.

Berliku.

Jauh.

Seorang demi seorang bergerak. Kami tidak diizinkan bergerak serentak.

Bahaya katanya.

Setelah kami semua Berjaya melepasi terowong tersebut, akhirnya kami bertemu kumpulan lama kami. Kumpulan awal yang bergerak ke Gaza, kami temui di hilir terowong.

Selepas itu, kami semua dibawa ke penempatan penduduk Gaza.

ALHAMDULILLAH… kami BERJAYA melaksanakan misi kami. ALHAMDULILLAH.

***************

SubhanAllah.. sebenarnya kami bukanlah di GAZA, tetapi kami diseret untuk mendalami SUASANA di GAZA.

Itulah ISMA Outdoor Camp 2011.





Inilah kali pertama aku menjadi peserta sebuah mukhayyam yang bertemakan PALESTIN. Semua serba serbi ala-ala hidup JIHAD di PALESTIN.

Semuanya !!

Nama kumpulan, lagu tema, cheers, aktiviti dan pelbagai yang lain, semuanya bertemakan PALESTIN.

Setiap masa diluar kami mesti dalam PERBARISAN. SERIUS. Mukhayyam ini bukan untuk main-main, gelak tawa. Inilah latihan untuk kami.

Latihan BUKAN untuk menjadi seorang TENTERA, tetapi JIWA kami dididik untuk menjadi seorang PERWIRA.

Menghayati nasib saudara seagama. Menyelami penderitaan Ikhwah yang seperti tiada penghujungnya. Menanam semangat untuk berJIHAD di jalan-NYA.

Cerita di atas adalah salah satu aktiviti yang di jalankan di dalam hutan pada pukul 2 pagi. Melaksanakan misi untuk memasuki GAZA. Semuanya dirancang rapi. Semuanya seperti realiti. Jikalau tadi ku tulis dalam English, sebenarnya di ‘Rafah’ dan beberapa station lain, Ustaz Sharuzzaman selaku salah seorang Fasilitator, tidak bertutur English dihadapan kami, tetapi Arabic. Petah tutur bicaranya. SubhanAllah..

Serius !! Kami seperti betul-betul di RAFAH !!

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar. Meskipun aku terpaksa korbankan masa cutiku, rupa-rupanya aku telah menyelamatkan SEMANGAT PERWIRA ku dari dikorbankan..

Mahal sungguh harganya. Tidak ternilai nilainya. Inilah pengalaman EMASku yang tidak bisa ku lupakan.. Pasti semangat untuk membantu Ikhwahku di PALESTIN akan terus mengalir dalam jiwa sanubariku..

Alhamdulillah. . .

No comments:

Post a Comment